Thursday, May 6, 2010

Mari Buat Baja

Hari ni entah kenapa aku rasa macam kurang mood plak, baru je tadi aku isi borang cuti minggu depan isnin ngan selasa aku sapu hahaha...kira sekarang ni aku dah tahap tepu gaban apa aku nak buat nih? masih lagi mencari2 idea...update blog dulula..

Semalam sesambil aku surf bab network nih sambil tu aku surf gak bab hobi aku nih mana tau ada info2 yg aku belom tau tapi memang ternyata aku terjumpa plak bab baja organik kebetulan plak aku baru tanam pokok cili dalam polibeg sedang nak membesar, 1st round dulu aku da tanam sume aku pakai kimia dari segi baja ngan racun serangga.

Aku da cabut semua pokok2 cili 1st round punyer dari segi hasil aku rasa cam tak berapa menjadi ye la penjagaan tak berapa rapi ikut suka aku je bila masa nak membaja dan menyiram.Setakat ni pokok2 cili yg baru aku tanam tu belum ada tanda2 serangan virus lagi daun2 masih lagi segar bugar dan setakat ni pun aku lom taruk baja kimia lagi sebab yang ni aku nak test pakai baja organik/kompos plak nak tgk hasilnya nanti mcmmana.

Baja organik/kompos ni sebenarnya bahan2 buangan dari haiwan dan tumbuhan tapi yg aku tau paling bagus tahi ayam,kambing,lembu disebabkan kt umah aku takde haiwan mcm tu (ayam pun ade 3 ekor je da habis kena sauk ngan anjing)so aku guna la rumput2 kering sabut kelapa ataupun bahan dari sisa pembakaran sebagai baja.

Baja organik ni selain dari bagi nutrien kat pokok dia leh jugak bertindak sebagai memulihara kesuburan tanah nak cite cara2 dia memperbaiki struktur tanah tu aku tak pandai anggap je la sebagai kitaran semula jadi hehehe..hah meh la ku paste kat sini cara cara nak buat baja organik ni: ha nah...

BAJA ORGANIK untuk Pelbagai Guna: Batang, Daun Dan Buah Membesar

1. Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. Pelbagai jenis buah masak termasuk nenas dan buah labu besar.
3. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula
Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang itu.
4. Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
5. 1 botol minuman Yakult

Cara Memproses:

1. Daun dan semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul daun dan buah-buahan yang telah
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan dengan sedikit kapur – Kalsium Karbonat.
4. Tuan 1 botol minuman Yakult dan digaul aduan.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun-daun dan buah-buahan akan reput menghasilkan air baja,dan air
ditapis dibotolkan untuk digunakan untuk Baja Pelbagai Guna bagi Batang, Daun dan
Buah Membesar.

Cara Penggunaan:

Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk;
dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit yang tinggi, atau pokok
getah, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit itu
saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

NOTA

1. Bagi semua jenis formula di atas boleh dimasukkan buah labu besar (labu tukai
berisikuning) sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti baja.
2. Buah nenas jika digunakan, jangan dibuang kulitnya.
3. Setelah 14 hari pemeraman, air baja ditapis. Bagi mendapatkan air baja lagi,daun
dan buah yang sudah reput itu boleh diperah sebagaimana orang memerah santa
kelapa; masukkan ke dalam guni dan bilas supaya airnya keluar. Air-baja hendaklah
ditapis supaya bersih dari adanya kelodak daun yang reput.
4. Hasilan air baja sudah pasti baunya busuk. Bagi menghilangkan bau busuk itu
bolehlah ditambah haruman seperti menggunakan perisa oren – orange flavour atau
lain-lain haruman, dicampur sedikit ke dalam air baja itu sebelum dibotolkan
untuk dijual. Jika kegunaan sendiri tak perlulah diwangikan.
5. Penggunaan baja bagi pokok-pokok muda baru membesar; gunakan 10 ml Air Baja (2
sudu teh) dicampur dengan 15 – 20 liter Air sebagai air semburan kepada pokok,
disembur 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali).
6. Dalam semua jenis baja (formula) boleh dimasukkan sebotol Air Minuman berjenama
Yakut ke dalam Air Larutan Gula Merah. Ini akan meningkatkan lagi kualiti hasil
Baja kerana bekteria yang terdapat di dalam Yakut itu akan membiak lebih banyak
dan membantu meningkatkan kualiti baja.
7. Bagi menghasilkan baja jenis organik ini yang terbaik sekali ialah mencampurkan
adunan digaul dengan embryo telor ayam. Hanya embryo telor ayam saja digunakan,
bukan kesemua telor ayam. Untuk mendapatkan embryo telor ayam ini bagaimanakah
caranya, perlu dipelajari daripada mereka yang tahu di makmal. Walau bagaimana
pun, Insya Allah tanpa menggunakan embryo itu pun baja sudah cukup boleh
berfungsi sebagai baja.





sejauh mana terbukti hasilnya aku pun tak leh nak cite sebab aku sendiri kene test dulu tgk camne bila da siap nanti aku akan buat testing kat pokok cili,nenas,tebu,pisang, sawit pun bole..bahan2 sume aku da ada cuma tak sempat nak proses malam tadi g kuar dgr ceramah balik dah kul 12 halamak mata da ngantuk plak..

next posting aku nak tunjuk pokok n buah pisang tanduk yg hidup tanpa baja kimia..

2 comments:

Blog F6 CIkgu Salmah said...

terima kasih kerana banyak memberi maklumat ttg cara membuat baja kompos..lama dah dok cari hari ni baru mendapat...terima kasih...bukan pasai apa..daun2 banyak sangat kat rumah..takkan nak bakar kot mencemar alam sekitar lebih baik buat baja kompos

amar said...

bagus la kak tapi nak buat tu kena sabar saya banyak kali dah buat tapi tak sabar last2 kompos ntah kemana hehehe...

 

Blogger news

Blogroll

About