Pagi tadi masa aku tengah minum kat kantin sekolah sempat la aku pasang telinga dengar gb sek aku ngan beberapa orang guru lain dok nyembang pasal bajet yang baru dibentangkan PM 1Malaysia nih...tapi tak semua lah yang apa yang diorang sembangkan tu cuma ada la yang berkenaan dengan pendidikan.
Aku cuma jadi pendengar je la apa yang derang diskusi tu berkenaan bajet untuk permata, permata ni apa yang diorang bincangkan tu berkenaan untuk pelajar yang pandai akan diberi satu dana khas untuk diorang ni. Gb aku berpendapat tak perlu risau dengan pelajar yang dah memang pandai apa yang derang ni risaukan adalah pelajar yang kurang pandai atau dengan kata lain lemah.katanya lagi pelajar yang kurang ni sepatutnya perlu diberi perhatian lagi atau bantuan.
Aku setuju dengan pendapat derang nih sebab apa yang derang fikirkan tu ada benarnya pelajar yang pandai ni dah tentu dari kwasan bandar dan pasti dari golongan elit yang sememangnya dari kecil mereka ini serba lengkap berbanding pelajar luar bandar yang baru nak kenal huruf bila jejak kaki ke sekolah.Derang berpendapat kalau macam ni gayanya jurang budak pandai dengan kurang pandai makin jauh akan datang.
Pada hemat gb aku jugak katanya lagi bajet kali ni adalah yang paling teruk sebab takde bonus hehehe...dan dengar2 katanya elaun cola pun akan ditarik balik itu sekadar khabar angin dan aku pun akui jugak menda ni sebab aku ada dapat info gak dari forum2 yang aku baca. Tapi dah lepas bajet ni tak tau lah jadi ke tak nak tarik balik harap harap tak jadi la.
Berkenaan cukai yang akan dikenakan RM50 untuk kad kredit dan RM25 untuk kad tambahan.Yang ni pun aku tak setuju sebab membebankan rakyat bukan meringankan bagi yang kaya memang takde masalah tapi yang cukup2 makan ni bertambah la bebanan hutang, kerajaan harus sedar golongan biasa yang guna kad ni bukan bertujuan nak hidup mewah tapi sebagai sumber bila terdesak untuk repair kenderaan misalnya.
MAT ZZZZZZZZZ MAKANG IKANG
54 minutes ago

0 comments:
Post a Comment