Thursday, November 5, 2009

kenduri kendara.....

Minggu ni aku rasa minggu paling membingungkan aku..ye la nak cuti sekolah ni ramai la yang buat majlis walimatulurus...minggu ni aku dijemput wak Paimin besan parent aku la ni untuk rewang kat umah dia tak g tak sedap pulak ye la tali silaturrahim rapat lagi pulak yang kahwin tu merangkap kawan sekampung aku skang kira dah jadi cam sedara memang la kena hulurkan bantuan 7 dan 8 hb ni.

7 hb tu plak aku ada jemputan seorang kawan kat putrajaya nampak gayanya setengah hari la aku rewang kat umah wak paimin nih..i'm sorry wak..hehehe..papepun aku sambung rewang hari ahad la pulak..8 hb tu plak ada pulak penduduk kg wat kenduri jugak aku ni sebagai wakil bapak aku kena la pegi wakilkan dia..yerlah abah aku ni dah uzur memang tak mampu nak hadir majlis2 macam nih so aku sebagai anak dan tinggal plak sebumbung kena la amik alih tugas2 dia.

kebetulan hari ahad tu pun aku dapat jemputan dari kawan sekolah aku halamak korang nih kawin sama tarikh la pulak seb baik kat sungai manggis je umahnya.sok anak korang pun sebaya hehehe..waa pening aku camne nih..

semalam aku dapat jemputan lagi kali ini cikgu sekolah aku plak 5/12 yang ni pas raya haji kat Manjung..kebetulan sepupu bini aku wat kenduri gak bulan 12 tapi tarikh lom tau..raya haji bini ajak balik kampung tapi lom muktamad lagi.mana satu nih..arghh serabut aku..antara tiga2 ni satu je aku leh buat nak ulang alik banyak modal la pulak..

Minggu depan ada dinner anjuran kgk sekolah..yang ni pun satu hal nak kena beli hadiah alamak nak cari hadiah yang pening nih..apo aku nak beli nih..hadiah kena bernilai rm20 keatas kalo aku bagi baucer minyak ok tak hehehe...kali ni dinner kat bukit tinggi (klang) mana ntah cam tak glamour je tempat nih..layan je lah...

huhh....pening pening..lalat....calosssss...

Tuesday, October 27, 2009

Bajet kedai kopi

Pagi tadi masa aku tengah minum kat kantin sekolah sempat la aku pasang telinga dengar gb sek aku ngan beberapa orang guru lain dok nyembang pasal bajet yang baru dibentangkan PM 1Malaysia nih...tapi tak semua lah yang apa yang diorang sembangkan tu cuma ada la yang berkenaan dengan pendidikan.

Aku cuma jadi pendengar je la apa yang derang diskusi tu berkenaan bajet untuk permata, permata ni apa yang diorang bincangkan tu berkenaan untuk pelajar yang pandai akan diberi satu dana khas untuk diorang ni. Gb aku berpendapat tak perlu risau dengan pelajar yang dah memang pandai apa yang derang ni risaukan adalah pelajar yang kurang pandai atau dengan kata lain lemah.katanya lagi pelajar yang kurang ni sepatutnya perlu diberi perhatian lagi atau bantuan.

Aku setuju dengan pendapat derang nih sebab apa yang derang fikirkan tu ada benarnya pelajar yang pandai ni dah tentu dari kwasan bandar dan pasti dari golongan elit yang sememangnya dari kecil mereka ini serba lengkap berbanding pelajar luar bandar yang baru nak kenal huruf bila jejak kaki ke sekolah.Derang berpendapat kalau macam ni gayanya jurang budak pandai dengan kurang pandai makin jauh akan datang.

Pada hemat gb aku jugak katanya lagi bajet kali ni adalah yang paling teruk sebab takde bonus hehehe...dan dengar2 katanya elaun cola pun akan ditarik balik itu sekadar khabar angin dan aku pun akui jugak menda ni sebab aku ada dapat info gak dari forum2 yang aku baca. Tapi dah lepas bajet ni tak tau lah jadi ke tak nak tarik balik harap harap tak jadi la.

Berkenaan cukai yang akan dikenakan RM50 untuk kad kredit dan RM25 untuk kad tambahan.Yang ni pun aku tak setuju sebab membebankan rakyat bukan meringankan bagi yang kaya memang takde masalah tapi yang cukup2 makan ni bertambah la bebanan hutang, kerajaan harus sedar golongan biasa yang guna kad ni bukan bertujuan nak hidup mewah tapi sebagai sumber bila terdesak untuk repair kenderaan misalnya.

Monday, October 26, 2009

windows 7

Pagi tadi masa aku godek2 laptop aku tetiba datang sorang cikgu ni nak mintak tolong aku dia nak tukar os kat laptop acer aspire dia nak tukar ke windows 7. Aku pun penah dgr dan tau la sikit pasal os baru ni tapi tak penah la cuba pakai.

Cikgu Zaiham la aku namakan dia, laptop dia aku tgk pun dah "hang" semacam je memang patut kalo kena format balik memang pantang aku kalo dapat laptop or pc yang cenggini sakit hati nak tunggu baik wipeout balik. Aku pun run la cd windows 7 tu memula ok la sampai ke tahap pilih nak upgrade or custom install, tapi aku pilih custom la pastu dia soh aku pilih partition lak nak install.

Lepas pilih partition c aku next kan je la aku pun tak pasti samada nak delete dulu partition lama atau terus overite je os tu nasib je la lepas aku next dia proceed tunggu jap tetiba dia kuat error message ada file yang dah damage atau corrupt..hmm aku tak puas hati run lagi sekali sama gak tapi nak try lagi wak kerani ajak aku g Banting plak nak repair pc dia ikut je la dapat la layan teh tarik secawan.

Balik dr banting aku cuba lagi tapi bukan kat laptop tapi desktop pusat akses sekolah aku kali ni aku try nak upgrade tapi dia kate tak leh sebab os lama tak compatible plak hmm aku try lagi kali ni aku try delete partition c n create partition baru, masa install tu nampak cam ok sampai la ke 68% sebab lama sangat aku pun turun ke kantin minum sekejap bila aku naik balik dia kuar balik message yg sama"file damage or corrupt lebey kurang la" cet hampeh tul so aku pun anggap cd ni rosak hmm dah tak pasal2 nak kena buat balik pc tu disebabkan aku malas aku biar dulu pc tu sok lusa baru aku betulkan hehehe...takde kerja cari kerja la pulak...waduyai...caloss....

Tuesday, October 20, 2009

Nilai sebuah Konvokesyen

Semalam ketika aku asyik menikmati hidangan pagi di kantin sekolah sambil menghirup teh tarik yang berada dihadapanku terlintas di fikiranku hari ini adalah hari konvokesyen wife aku masyaallah aku terlupa nak wish something to her, walaupun wife aku tak dapat nak menghadiri majlis tersebut.Ketika pulang rumah menjelang malam aku sedang menikmati hidangan yang dimasak oleh wife aku lantas aku bertanya padanya ‘hari ni konvo kan’ dia menjawab ‘haah’ jelas terdapat bibit kecewa pada riak wajahnya, aku faham apa yang diimpikan selama ni tak tercapai.

Alkisahnya bermula pada tahun 2003 ketika itu wife aku sedang bergembira nak hadir pada majlis konvo di UITM Shah Alam untuk segulung diploma semua tempahan jubah dah siap tinggal lagi untuk dipakai, tapi apakan daya pada tarikh konvo tersebut ayahandanya meninggal dunia semuanya adalah qada dan qadar tuhan sebagai hamba kita harus redha menerima.

Dan semalam adalah hari konvo yang kedua buat wife aku setelah 2 tahun lebih mengerah keringat untuk segulung ijazah congrat to my wife, ketika rakan rakan seperjuangan nya sedang bergembira dengan meraikan hari kemenangan tapi bagi wife aku sekadar bergembira meraikan dengan anak kecilku dirumah, aku dapat rasa kekecewaan yang terpendam dalam hatinya dan dalam masa yang sama aku juga dapat rasa wife aku juga redha dengan takdir yang dah ditentukan untuknya, majlis kali ini wife aku terpaksa tolak sebab sikecil lebih memerlukannya biarlah hadir sebagai pelawat untuk mengambil segulung ijazah 2 weeks later.

Dan aku pun tak dapat la nak masuk auditorium tengok wife aku amik degree, dan kini aku mengharapkan sikecil ini mengikut jejak langkah ibunya dengan doa dan harapan….wassalam…

Saturday, October 17, 2009

celcom broadband

ari ni aku update blog aku guna celcom broadband, hmm macam siput daa...siput pun kalo bergerak dari banting nak ke klang dah sampai aku rasa tapi ini je la jalan yang ada untuk aku surfing tenet sebab sume kutu2 aku dah mati seminggu schoolnet kat sek aku down.Ini pun aku subscribe daily 'siputband' RM 6 sehari bole la nak lepas gian seminggu tapi nak masuk YM memang tak bole la.

selasa lepas sekolah black out tetiba dalam 2 jam jugakla pastu bila letrik dah up router sume pun on balik tapi lampu status tenet kat router merah mean internet takde la aku pun tunggu la sampai ptg skek tapi takde hasil pun aku pun call la pihak gitn pagi esoknya derang sampai trus tukar router bila da tukar sama gak tak leh tech gitn pun soh aku tunggu pihak tm datang tapi haram tak nampak muka pun, dari hari ke hari aku follow up gitn sampai la ari jumaat aku call balik diorg kate kena tunggu sahaja waduyaii aku dah pening pale camne ni cikgu2 hari2 tanya ok ke tak.

sebelum ni penah jadi tak tau apa punca tenet down tech support dr gitn ada dtg kira otai la cek punyer cek siap tm pun dtg setel jugak, tapi kali ni aku tak tau nak tunggu sampai bile tunggu si siput sampai ke bukit kayu hitam agaknyer ler...hehehe

Friday, October 9, 2009

gila facebook

nampak gaya cikgu cikgu kat sekolah aku ni dah gila facebook sampaikan mintak tolong aku nak upload gambar2 dia, tengah wat keje ada plak panggil aku mintak tolong upload album dia ceh.. tak patut sungguh. Aku dengan lemah pun g la tengok blur.. aku pun takde facebook memang aku tak tau la nak menggodek2 malas la plak buang masa aku jer pastu dtg la pulak cikgu yang dah bese ngan facebook ni nah.. take over.. aku pun berlalu la dari situ..sampai tengahari plak ada plak lagi sorg cikgu ni ngah layan facebook aku kat sebelah ngah scan virus pastu tanya aku camne nak komen kat facebook ni hehehe aku cakap komen je la pastu kuar apa tah soh confirm email dia pun blur hehehe muka da seposen aku pun malas nak amik tau..

Last last aku lak yang sign up facebook hehehe tengok apa ada kat facebook ni hmm dah aku plak yang melekat saje la cari kawan2 lama sekolah takat ni aku lom jumpa lagi kawan2 sekolah tapi kwn masa kat dataprep dulu memang ramai aku pun add la sorang2. Ok la kalo nak berhubung balik ngan2 kawan2 yang dah lama tak contact aku layan sambil repair laptop cikgu yang dah infected virus.

Friday, October 2, 2009

Kembali ke Sekolah

sudah 2 minggu syawal berlalu aku pun baru kembali ke sekolah semalam hmm agak sibuk sikitlah 2 hari ni sibuk makan je sebenarnya hehehe semalam sekolah ada buat majlis persaraan Pn Masripah dari pagi sampai tengahari ramai yang dok kesat2 tisu kat mata sedih la kot tapi aku tak la rasa syahdu sangat pun hehehe ye la mungkin aku baru lagi tak rapat sangat pun ngan cikgu nih selamat menjalani dunia baru ye Pn Masripah, majlis makan2 pihak kgk buat kat restoran GP beriyani semua guru dan kakitangan join la lunch ramai2 boleh tahan jugak nasi beriyani kat sini sampai tambah 2 pinggan aku or atau aku betul2 lapar masa tu ntah..lantaklah yang penting kenyang.

selesai jamuan dekat restoran ni ada plak cikgu buat open house kat umah dia nasib baik umah dia dekat je kat kat Taman Arked jalan masuk ke Paya Indah wetland singgah la ramai2 kat situ aku tengok cikgu2 ni sume cedok laksa aii muat lagi ke perut diorg nih..tapi aku tak minat sangat laksa johor ni sebab kuah dia kot takpe aku cedok la nasi impit 2 3 ketul layan jap...

Selesai open house ramai2 pegi layat(ziarah orang meninngal dlm bahasa jawa),Takziah buat cikgu Suzana dan suami kerana tak sempat nak menimang cahaya mata yang sulong anak yang dikandung lahir tak cukup bulan katanya mula2 demam panas trus g spital kandungan tu pun dipaksa keluar tapi tak dapat nak diselamatkan takpelah anggaplah sebagai ujian dari yang maha esa.AL FATIHAH

Pengalamn raya aku tahun ni semangat bawak anak g beraya je so takde la tersipu sipu sangat kalo g umah sedara mara ada la benda yang nak bualkan, tahun pertama Damia beraya dah dapat RM 120.00 huhuhu. Tahun ni aku beraya kat umah mak merua agak lama hampir seminggu dari hari isnin sampai sabtu fuh lemau gak aku..bile time balik Banting kelam kabut aku hehehe sampi mak mertua tegur "tak dan dan'hehehe bukan apa aku nak singgah umah kawan kat Manjung nanti tak sempat mak..sampai Manjung g la melawat ke Telok Batik cantik gak pantai T.batik nih lam kul 4 aku teruskan perjalanan ke Banting sampai umah lam kul 9 malam zzzzzzzzz.....

Wednesday, September 16, 2009

M2u has been block

Pagi tadi aku tak bleh login ke m2u akaun aku pun tak tahu la sebab musabab sepasti aku username dengan password dah betul sampai kali ketiga dia kate dah lebih 3 kali try login pelagi dah kena block m2u aku hampeh tul dok termenung la sekejap cari jalan nak selesaikan,cuba call hotline tak angkat pastu dah angkat pas tempat lain lama plak tu dekat 10 min aku pun letak rilek dulu jap.

Dalam kul 12.30 aku call balik baru angkat macam2 la soalan keselamatan dia tnya aku pun layan pastu dia tanya aku ingat lagi tak no pin yang aku amik dulu masa nak reg m2u mana aku nak ingat dah lama kalo ada no lama tu dia kate leh reg balik tapi sebab aku tak ingat maka dia pun reset la balik maka akupun kena amik no pin baru.Sepanjang aku call hotline tu aku tak tau la ada cas ke free ke tapi kalo astro memang cekik darah tahap pontianak...hmmm calosss..

Tuesday, September 15, 2009

Pelita Elektrik








Kebiasaan bila nak dekat raya nih orang panggil malam 7 liko kalo zaman aku bebudak dulu masa dok kat Pahang hampir semua rumah pasang pelita minyak tanah memang seronok meriah suasana jadinya.Tapi kali ni aku perhatikan dah kurang orang pasang lampu minyak tanah depan rumah apa yang banyak skang lampu kelip2 tu memang banyak orang pasang kat umah mungkin sebab harga minyak tanah pun mahal sekarang maka orang sume pilih lampu mkelip2 tu je.

Sama la keadaanya dirumah aku tak lagi guna pelita lama tu memang leceh nak tuang minyak nak cucuh lagi nak gantung lagi memang banyak keje, tapi skang dah tak payah hasil idea abang Rais dia beli mentol kecik je letak kat pelita lama pastu sambung wayar dah jadi pelita letrik senang sekali petik sume hidup tak payah cucuh satu2 jimat masa.

Monday, September 14, 2009

Menjelang Syawal

Lagi 5 hari nak sambut Aidilfitri hmm apa persiapan aku dah buat??? kali ni aku nak cite skek la persiapan aku untuk raya untuk tahun ni.Tahun pertama aku beraya sebagai seorang ayah hehehe leh ke nak beraya umah orang ngan budak kecik nih..tengok je la nanti, persiapan aku kali ni ala kadar aku cuma beli sandal sepasang tu pun sebab sandal lama aku dah kena cat tak sesuai lak nak pakai buat raya.

Baju raya aku pakai baju melayu tahun lepas sudah lagipun baju tu baru bape kali aku pakai baju nikah aku pun sesuai lagi kalo nak pakai dah setahun lebih baru 2 kali pakai hmm cam tak baloi lak nak beli baru pakai je la dulu yang lama.Baju untuk wife aku dah setel maklum la orang pompuan ni mana boleh layan barang lama mesti nak yang baru layan je la.Baju anak aku pun da setel aku da shoping tapi tak banyak pilihan la kat Banting ni hampir sume kedai ngan hypermarket aku masuk sama je..hmm nak ronda tempat lain banyak nak kena pk kuar pun tak leh lama anak kecik lagi nak bawak kesian pulak nanti nak tido ke hapa last2 ayah ngan mama sambar je la apa yang sesuai tuk Damia..rasanya dah 2 tahun aku tak jejak jalan masjid india ngan jalan TAR kalo sebelum ni nak raya memang aku selalu ronda sana ngan(awek dulu)(wife kini) memang tak larat kalo nak pusing dengan padatnya lagi2 tengah puasa halamak letih siot..tunggu la nanti rindu gak aku kat Kuala Lumpur ni hehehhe dulu bosan skang rindu plak bosan punyer pasal da lama aku tak jejak...

Kuih raya ada la yang dah buat kak Non da beli bahan2 kuih ari tu dekat 2 ratus jugak dia tapau bahan2 kuih nih.setakat ni yang dah ada dalam tupperware mcm almond london, samprit,tat nenas,kuih kacang,cornflakes dan yang terbaru dodol perisa durian hehehhe yang ni baru buat ujung minggu baru ni sampai ke malam aku kacau dodol ni selamat ada gak baton gantian bini aku ngan mak aku kalo sensorang pengsan aku daru kul 2 sampai kul 4.30 stop jap pas buka sambung kacau sampai kul 10.30. fuh baru meriah kalo kacau dodol, setakat ni yang beli lom ada lagi cuma nak beli kepek2 ngan jeruk2 tu jela la yang beli.

Duit raya untuk anak anak buah ada la skek aku sediakan tapi tak la banyak untuk suke2 budak2 ni tu pun aku ready untuk yang masih sekolah yang dah besor panjang dan keluar sekolah menengah aku delete dari list nak kopak la pak cik korang kalo layan sume aku kira2 anak buah aku + anak buah wife aku dekat 50 orang beb..ye la takkan nak bagi anak buah aku je anak buah wife pun kena kasi gak walaupun makcik diorng ni lom keje baru la adil kan.

Raya tahun ni sepatutnya turn aku balik Perak tapi disebabkan disana ada majlis raya ke 4 terpaksala raya Banting dulu tak sanggup aku nak tunggu raya 6 baru nak beraya kat banting orang kampung aku pun dah mula metik sawit. lastly aku ending kan dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini...calossss

Tuesday, September 8, 2009

10 malam terakhir ramadhan

Kalo tak silap aku malam ni masuk malam ke 19 ramadhan dah nak masuk ujung ramadhan. Malam semalam aku solat terawih kat masjid umah kakak ipar aku kat puchong katanya sepuluh malam terakhir tu pihak masjid akan adakan qiyamullail...sampai la kesubuh dan sahur disediakan bagus program macam ni tapi aku sebagai manusia biasa ni kadang2 malas nak join kalo datang masa khusyuk mungkin rajin aku join..kalo kat masjid kampung aku pun ada buat program macam ni wallahualam aku join ke tak bukan apa nak mencari keberkatan lailatulqadar.Tapi kebiasannya kalo dah masuk malam2 akhir ni jemaah kurang kat masjid macam kat masjid kampung aku macam tu la gayanya mula2 dulu ada la 4 hingga 5 saf jemaah tapi dah masuk final stage ni dah jadi 2 saf dah bila aku balik sampai kat pagar masjid rupanya ramai lagi umat berjemaah kat luar dengan motor bersidai tepi jalan hmm budak2 ni apa la salah kalo join terawih sekali pastu kalo nak lepak pun lepak la.Jemaah kat kampung aku ni yang aku perasan ramai warga emas dikalangan remaja yang bersekolah menengah kurang tapi kanak2 bawah umur ramai huhuhu...belia cam aku ni ada lam satu saf ok la...kalo di masjid lain aku tak pasti...harap sume generasi ada......wassalamam...

Wednesday, September 2, 2009

cerita semalam

Semalam satu hari ujan dari pagi sampai ke petang..aku pun dah macam nak kansel hasrat nak pegi SPA nak balik amik keta satu hal pulak,akhirnya aku nekad jugak lah selamba badak je aku gerak hujan plak tengah gerimis aku pun siap la ngan jaket ujan aku sepanjang travel ke Putrajaya tu moto aku sempot pulak dah ye la masuk air ujan agaknya tapi aku takde la sampai basah lencun.Sampai kat SPA tu aku pun naik la ke lobby pejabat sampai kat lobby aku tengok ada pasar la pulak kat kaki lima antara spa dengan jabatan perangkaan aku pun saje la ronda2 dulu pusing2 tengok apa yang patut tapi yang ramai orang jual makanan licin jugak la aku tengok tupperware makcik2 abang2 kat situ hmm awal lagi da abis kalo akak2 yang beli tu paham la diorg ni kdg2 naik kebulan tapi kalo mat2 yang beli awal2 cam ni len macam je.

Pukul 2.15 petang aku naik ketingkat 8 bahagian perkhidmatan aku pun cerita la masalah aku ni bla...bla...bla...kuar la sorang akak ni citer lebih kurang skek..bla..bla..bla...then dia kate ok da setel tunggu je la surat diorang pos kat sekolah nanti..hmm aku pun senang hati lah dah dia cakap camtu so kiranya selesai la masalah surat aku ni..balik dari putrajaya tu aku terus pecut ke umah tak pandang blakang dah.hehehe....lam kul 4 sampai umah..lepak2 tau2 aku zzzz..zzzzz...zzzzz heheh..calossss....

Tuesday, September 1, 2009

dokumen tak lengkap rupenya....

Minggu lepas ari jumaat aku panjat SPA pagi2 aku terus tuju kesana malas nak singgah sekolah dulu nanti banyak cerita plak..aku saje la nak lalu ikut salak tinggi sekali rasa cam jauh la plak...dalam hati baik aku ikut Dengkil je rasa cam pusing je...sambil drvie keta tu terkenang la plak zaman2 aku kena "onsite" kat JPA N SPA dulu aku pegi sana sebab buat keje kena wat PM kat sana tak sangka plak sekarang kena pegi atas urusan kerja so aku pun dah bese la ngan suasana opis diorang nih ade yang jenis kerek tapi yang baik pun ada gak la..hmmm rasa cam cepat je masa berlalu ingat pas setel sume nak g jumpe member kat JPA jap tapi hati aku cam berat je lebih nak balik aku pun batalkan hasrat aku tu trus g keta balik umah tido lagi best....

Samapai sana aku g kaunter dia soh naik tingkat 7(bahagian pengambilan khas) aku rasa cam salah je awek ni soh aku naik kat situ sampai situ tanya lebih kurang akak kaunter tu soh aku naik tingkat 8(bahagian perkhidmatan) hmm agak dah awek ni salah naik la keatas sampai sana akak kaunter tu pun amik ic no aku, dalam 10 min lebih kurang kuar la sorang akak ni bawak fail aku dia pun bebel la kate maklumat tak lengkap surat akujanji takde, letter head sekolah pun takde, ngan kew 8 hmmm ni sah kerani sekolah aku yang terlepas pandang aduyaiii..wak....wak...nyusahkan aku betollla..hari ni aku nak travel kesana lagi nak bagi sume dokumen yang takde tuhh..fuh dah la ujan plak ni moto tak servis lagi spoket pun tak tuka lagi mesti tak syok merempit nih..saje aku ngimbau kenangan lama naik moto kuar kawasan nak tengok badan aku nih kalo balik nanti aku rasa penat sangat dah tak fit cam dulu ar..dulu selamba pagi2 leh sampai Rawang huhhh...ok lah nak gerak dah ni....calosss...

Tuesday, August 25, 2009

surat sah lantikan pulak takde...

Hari ni aku tak tau la apa nasib aku semalam aku dah dapat sijil induksi so, kiranya aku leh la buat untuk pengesahan jawatan tapi satu surat pulak takde aduyaiii fenin...fenin...fenin....surat sah lantikan dari SPA hampess toll...arghhh...jadi kerja aku pulak nak tanya merata2 baru tadi aku kol SPA aku tanya dia, dia tanya aku balik dah hantar surat2 yang diminta ke lom aduyaii...lagi fenin...fenin..fenin...fenin...masa aku mula2 posting dulu seingat aku memang kerani ada buat menda2 ni nak g post tapi aku tak tau la sampai kemana pulak lagipun mana la aku tau prosedur dalam kerajaan nih..masa kat swasta dulu isi borang maklumat peribadi da sudah pastu keje la ko sampai lebam..sekali masuk gomen ni segala bagai surat nak kepil aku pun pening.

Pas ni aku kena tanya kerani N17 plak wak sur ntah2 dia pun tanya aku balik...aduyaiii fenin..fenin..fenin...sepatutnya surat tu kena antar balik lam masa 2 weeks pas lapor diri dah mcm ni punye cerita aku pun tak tau nak kata pa..hilang mood aku ari ni ...kalo tak setel jugak tak sah jawatan la aku..pas ni skang ni aku pun tak tau mana silap aku, kerani,posmen,jps,kementerian,spa.fuh..dugaan untuk aku dalam bulan Ramadhan nih....moga2 dipermudahkan urusan dalam bulan mulia ni...amin...

Thursday, August 20, 2009

Selamat menunaikan ibadah puasa

Saje aku nak ucap selamat menunaikan ibadah puasa pada semua masyarakat islam tengah bosan2 dok makmal ni update blog la jap .. dah lama tak update.2 tahun lepas puasa sensorang tahun lepas puasa berdua tahun ni bertiga la pulak baru je kuar ahli baru dalam family aku...aku rasa mungkin terganggu sikit masa nak berbuka nanti sebab baby "tecik" ni dah mula nak menggapai barang2 apa yang ada kat depan dia alamat berebut la ayah ngan mama nak buka pose sapa nak pegang baby "tecik" ni nak di biar main sensorang bukan nak mula la dia meniarap agak dalam 10 min pastu mula penat manggil2 mintak tolon...tapi ceria la skek nanti takde la sunyi cam tahun lepas...

Tapi selalunya si tecik ni kalo dekat2 maghrib dia ngantuk dah memang selalu cam tu masuk bulan pose ni tak tau la pulak cam ne gaya si tecik ni.....Nampak gaya raye tahun ni ayah kena blanje lebih la nak beli baju raya untuk si tecik hmm kopak la ayah..heheheh....takpe dah memang untuk family pun kocek ayah ni...dah lari jauh plak ngan tajuk aku kali ni hmmm mungkin ari sabtu kita semua mula berpuasa bagi budak2 sek mungkin seronok puasa musim cuti sekolah dok umah tido bangun petang tunggu nak buka je...bagi brader2 yang bekerja bukan satu halangan untuk tak puasa tapi sebagai mendidik supaya kita lebih bersabar ok la last skali penuhkan la bulan ramadhan tahun ni dengan amalan2 yang boleh mendekatkan kita pada yang maha kuasa.......salam...

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Sya'ban

Sekarang kita berada dalam bulan Syaban dalam kalendar islam, dalam bulan ni kita disunatkan berpuasa untuk menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak, esok adalah 15 Syaban iaitu malam Nisfu Syaban yang mana buku catatan kita selama setahun akan diangkat dan di ganti dengan buku baru...pada malam tersebut digalakan membaca surah Yasin 3x dan solat sunat Nisfu Syaban..tinggal lagi 15 hari lebih kurang kita dah nak sambut Ramadhan masa untuk tambahkan pahala ibadat kita....

Tuesday, July 28, 2009

dodol oh dodol



dodol oh dodol...inila tajuk aku hari ni sebab minggu lepas aku baru je kacau dodol ngan bini aku, bukan untuk hari raya tapi saje sesuka aku nak buat lagipun aku tengok kelapa kat umah aku banyak semacam je aku sauk la sikit buat dodol dengan bantuan mak aku la kalo buat sensorang alamat jadi bubur plak dodol aku..heheheh...penat jugak aku melayan dodol ni dari pukul 11 lebih kurang kul 5 baru siap fuhh...sengal badan2 aku..ni kira praktis la nanti nak raya nanti aku nak buat dodol sian mak aku pun dah tua tak larat nak kacau dodol so aku la yang tenaga muda ni nak mewarisi pembuatan dodol..kebetulan pulak semalam aku cuti hmm leh la rehat2 badan dah penat mendayung dodol...tengah pikir apa pulak aku nak praktis ni heheheh...

Thursday, July 23, 2009

USB not recognized

Semalam satu hari aku menggodek pc yang selalu digunakan cikgu2 ni haa. Masalah nyer ialah kalo pun cucuk USB dia tak recognized dah lama jadi aku buat ok jap tak ok,, last2 semalam aku pun cuba format balik pc tu dah siap sume tak mau jugak alahai lemahnya rasa dah blurr tahap gaban..tengahari balik makan kat umah sampai je umah tak semena2 mak mertua aku plak datang halamak sorry..la mother in law mood tgh kureng sebab tak setel keje..penat semacam je.

MMIL saje la singgah kesini nak tgk cucu dia kot kebetulan ikut kakak beras(biras) aku datang ke pekan Banting ni haa nak cari barang pe ntah..tepat kul 2 aku pun kena runner balik makmal tinggal MIL bersama cucunya kat umah. Sampai kat makmal pening aku tak ilang lagi tanya member2 sume pun aku dah buat cara2 yang dibagi sama la bila aku menggoogle pun tak banyak membantu aku..last2 bila dah ptg skek aku try masuk bios tgk2 kat situ masuk kat USB configuration aku try la disable kan USB 2.0 test2 ok plak tapi kalo cucuk usb dia akan kuar error usb run faster kalo cucuk kat port dia tapi boleh la asal kan cikgu n cekgi kat sini leh guna tak de la nak tanya aku manjang leh guna ke tak...selesai satu beban aku......choww...

Tuesday, July 21, 2009

MU vs MALAYSIA

Penat semalam aku tunggu kat astro ASSP kot ade live MU lawan Mas rupanya takde la pulak kedekut tul la astro nih..aku fdah semangat nak tengok dia tak bagi live plak walaupun aku tau skuad kebangsaan akan kalah tapi aku nak tgk la kekucarcaciran skuad malaysia hehehehhe...tapi takpe la takde pun anak aku pun semalam tak mau tido dok kaco orang nak kena pegang kalo tak mesti terganggu gak konsentrasi aku....

Apapun syabas jugak la kat team Malaysia sebab leh titik 2 gol kat MU terkedu gak muka Van Der Sar masa 1st gol tu aku tengok memang cun la gol tu respek aku kat Amri Yahya walaupun kebetulan je masuk huihuihui...tapi masa 1st match tu pun MU main dalam mopd main2 je melenggang je sume lagi best masa Selangor vs kelantan final cup ari tu..

Papepun ok la harap2 pas ni team Malaysia leh pegi sampai Piala Asia la pulak...ok choww..

Monday, July 13, 2009

100 hari PM

Satu 2 hari aku ada terdengar pasal hadiah dari abang najib iaitu PM kita, so aku pun dgr2 ayam je tak amik tau lagi paper hari minggu pun aku tak beli sebab aku sibuk wat dodol tolong mak aku, Al maklum la kat umah kelapa bersepah2 sampai tupai pun dah jemu nak tebuk..baru pagi ni la aku nak menjengah apa ke hadiah yang PM bagi sempena 100 hari dia nih.

Bila aku baca satu pun takde yang menguntungkan aku tapi bagi org lain mungkin ada la,

1. 20% diskaun tol
-kalo dulu mungkin untung bagi aku sebab aku keje memang semua tol kat kl aku celah tapi sekarang tol mana aku nak celah, ini bagi pengguna smart tag or touch n go yang bayar 80 kali sebulan atau lebih...

2. RM250 latihan penunggang motosikal
awal sangat aku amik lesen kalo aku amik skang murah skek hehehhe..bagi sesiapa yang ada moto buruk kurang dr 10 thn kena amik 1st party untuk insurance, sama la cam moto aku tu dah buruk dah, walaupun aku dah amik 3rd tetap kena amik 1st part insurance dulu aku nak amik tukar dr 3rd ke 1st mcm2 alasan kena amik gambar moto la tapi skang senang plak hampess punyer insurance..

ada lagi hadia tu tapi aku tak mo komen pjg2 takde kena mengena ngan aku pun.. tunggu la pru 13 nanti mesti ada lagi hadiah lumayan heheheh......

Friday, July 10, 2009

speed test


speedtest kat sek aku tak sampai pun 1 megabyte
tapi kira ok la takde la macam kura kura.

Thursday, July 9, 2009

laptop hang

hari ni aku jumpa satu laptop yang hang bila nak shutdown aku tak tau nak solve camne, aku lom jupe jalan nak solve lagi ni so aku kena sabar dulu sementara nak cari jalan setelkan prob ni. Aku dah format laptop ni baru2 ni tapi rasa2 nya masa aku install driver dia jadi camni naik ponong gak la palo den nih kehkehkeh..

bengkel khidmat bantu

sebulan dua ni aku agak sibuk sikit sebab terlibat dengan bengkel khidmat bantu ict tiap2 minggu ada bengkel ni, mula mula skali pergi ke sekolahSK Sungai Buaya, SMKTtelok Panglima Garang, dan yang terbaru di SK BKT Changgang insyaallah kalo kena panggil lagi pegi ke SMK Jugra pulak letih jugak la ikut bengkel ni sebab nak kejar masa siapkan dalam masa 2 hari, yang bertambah letih lagi kalau pc banyak habuk alamak haii selsema mcm nak pitam rasanya.

Tapi ketiga tiga bengkel kira berjaya la sebab dr kurang pc yang tak leh guna semua jadi boleh guna kira berjaya la tu, Hari ni aku agak kepenatan skek la dengan seelsema lagi aduyaiii, semalam pas habis di sk Bukit Changgang gerak ke PKG pulak pastu balik bawak anak aku gi jejalan plak saje ronda2 pasar walaupun aku dah pening tapi takpe la korban skek bwk family amik angin luar dok umah je karang bosan plak.

Sedikit catatan untuk hari ni tgk post lama punya bosan aku...

Monday, June 29, 2009

kerenah kerani sekolah

hari ni aku geram betul dengan kerani sekolah aku memang patut pun aku panggil dia kerani tua, hehehe bukan apa aku baru cakap nak buat claim dah melenting lenting banyak kerja lah, ujung bulan lah banyak menda nak kena hantarlah, tapi pada masa yang sama menyembang jugak takde la pulak aku tgk sibuk mcm orang giler, tapi kalo nak mintak tolong aku bkn main lagi cakap berhemah tapi kalo aku mintak tolong dia menyembur nyembur macam naga kuar api heheheh.

Membara je hati aku ni skang rasa macam nak tembak balik boleh je kalo aku nak tembak balik tapi bila fikir kan takut bermasam muka tak jadi aku nak tembak diamkan je la aku rasa tu lagi baik aku duduk dalam makmal ni sorang sorang. Macam nak sumpah seranah je dalam blog ni tapi tak sopan la pulak, bukan aku tak tau sibuk dia sibuk menyembang satu hari, tgk je la ptg nanti mesti dia selak berita hairan sibuk sangat le tu..

kadang2 malas aku nak buat claim ni bapak leceh nak buat amaun ciput je tapi nak buat leceh giler, kalo tak buat rugi la plak pasal boleh buat tu lom kira kalo ppd reject lagi nak kena buat lain aduyaii hampeh...hmm dah la malas aku nak bebel panjang2.. stop...

Wednesday, June 17, 2009

pekeliling baru untuk kakitangan awam

Baru je kuar pekeliling baru yang mengatakan kakitangan awam tak boleh guna internet untuk bersembang, untuk kepentingan peribadi. Dah ada teknologi tapi pm tak bagi pakai macam mane kita nak maju bagi aku kalau pandang dari sudut positif banyak kelebihan kalau kita boleh online dengan rakan rakan secara online bukan 24 jam pun kita online keje tetap jalan aduhai PM yang disayangi.

Pada aku pekeliling ni lebih bersifat politik semata mata mungkin ada sedikit kegusaran diperingkat tertinggi dengan keadaan politik semasa sekarang. Lepas ni kaya celcom dengan maxis sume kakitangan awam amik broadband termasuk la aku skali. Lagi satu Pm tak bagi guna software pirate ok pasni aku tunggu software ori dari kementerian.

Tuesday, June 16, 2009

creating list of files to be copied

lepas format hard disk keluar menda ni plak lama sangat plak tu nak tunggu aku tak tau la hardisk ni rosak ke atau pun memang kena tunggu lama serasa aku tak penah plak kuar menda alah ni masa aku format pc2 lain dulu. Bila aku google, dalam artikel tu dia kate step last bila format memang dia akan copy file dlm cd ke hard disk dia soh sabar jenuh menuggu aku tak reboot pun pc tapi aku cuba untuk kali terakhir la aku try tunggu sampai kul 12 kalo mcm tu jugak aku kira hardisk ni scrap lah akan aku campak ke longkang.

Monday, June 15, 2009

Proxy server


Aku pun sebenornya tak tau menda ni sesaje surfing tenet cari la pasal menda Proxy server.
Proxy server ni yang aku paham macam jambatan penghubung antara klien dengan internet jadi apabila users nak akses internet dia akan melalui proxy dan server proxy tu yang akan cari server yang dituju. Proxy ni ada beberapa fungsi dia contoh ada firewall,caching dan connection sharing.

Pada aku bila guna proxy server ni capaian ke internet lagi cepat sebab dia dah simpan siap2 add yang kita tuju tu betul ke aku cakap nihh..proxy ni berfungsi pada application layer dalam sistem OSI model.

INTERNET - PROXY SERVER - ROUTER - LAN

Tapi nak maintain proxy server ni lagi susah daripada nak maintain server biasa aku pun tak berapa nak tau sebab tak penah buat pun ni just untuk info sahaja. Kalau organisasi besar rasanya memang ada pakai proxy ni tapi macam aku disekolah server pun dah lebur.

klik link atas maklumat lanjut tentang proxy server ni.


Friday, June 5, 2009

Balik Kampung hooreyy...

Cuti hujung minggu dah pun bermula esok pagi aku akan bertolak ke kampung isteri aku di Kg perak, Batu Kurau, title hoorey tu bkn utk aku tapi semestinya untuk isteri aku nak jumpa saudara mara bagi aku tetap control macho walaupun mcm malas nak balik heheheh. 5 hari aku tinggalkan kerja kerja aku sebagai juruteknik komputer di sekolah nanti harap2 cikgu Besar tolong la tengok2kan makmal yea..anak2 buah nak berehat pulak..

Apa yang menarik kat kampung wife aku ni ialah air terjun bukan terjun sangat la tapi ok la kira mcam dekat sungai congkak. Dalam 5 minit dari umah mak mentua aku nak kesana aku pun dah lama tak pegi sana teringin jugak nak menjengah air terjun tu. Aku pegi mandi kat sana pun masa aku bertunang ngan wife aku dulu hehehe kira dah lama la tu, hari aku nikah tu ingat nak bawak la kaum keluarga pergi mandi sana skali makcik aku pulak bagi khutbah alamak terpaksa la aku batalkan niat aku tu last2 sampai hari ni aku tak jengah kesana lagi, rasanya elok jugak kalo aku pegi musim2 panas mcm ni dapat rasa nikmat air semulajadi ciptaan tuhan percuma je tak perlu bayar begitulah nikmat yang Allah beri pada kita. Bersyukurlah dengan segala pemberian nikmatnya.

kepada kwn kwn yang dah bosan nak mandi kat sungai gabai tu leh la dtg ke kampung wife aku ni lagipun tempat ni memang tak ramai orang. Sambil sambil tu leh la korang singgah ke Bukit Merah, Bukit Maxwell,zoo Taiping, Taman Tasik Taiping ok jom kita balik kampung........

Perebutan ambalat

Pagi ni aku terbaca plak artikel tentang perebutan perairan ambalat antara malaysia dengan Indonesia, katanya kat Indonesia diorang kecoh pasal perebutan ni tapi kat malaysia ni aku rasa kecoh pasal kat perak je. Ambalat ni khabarnya perairan yang banyak minyak so rugi la sapa yang tak dapat bagi negara kita mungkin belajar dari kesilapan kehilangan Pulau Batu puteh dulu kita cume ketulan batu je middle rock kalo tak silap.

Khabarnya Indonesia dah standby kapal perang kat sana Malaysia pun sama gak, banyak blogger indonesia pun bicarakan hal yang sama meracuni fikiran rakyatnya supaya sama sama angkat senjata kalau terjadi peperangan. Semalam pun aku ada baca presiden Indonesia dah cakap perang adalah jalan terakhir krisis Ambalat ni. Semalam aku ada jupe blogger indonesia macam macam dia kutuk negara kita contohnya 'Malingsial' aku pun panas gak baca blog dia tu sesedap rasa je nak kutuk negara aku dia tak tau indonesial pun dok bawak lari anak dara malaysia, merompak, merogol.

Sekiranya berlaku peperangan aku rasa memang tak patut sebab sesama negara Islam aku pun tak sanggup berperang semata mata nak dapat Ambalat tu kalo aku mati hasil minyak bukan aku yang dapat pun tak berani aku nak gadai nyawa beb...kalo nak telus bawak pegi ICJ mahkamah antarabangsa tu biar diorg yang putuskan takkan la nak korbankan tentera yang tak bersalah tu dah la skang lelaki kurang nanti bertambah ramai pulak.


p/s: baik hantar tentera pegi palestin Malaysia dgn Indonesia...


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger